Saturday, January 10, 2009

Hati yang tenang

Saya nak share sedikit pembacaan saya daripada sebuah buku 'Insan, Ingatlah! Sebuah Panduan Menuju Hati Yang Tenang'

Antaranya....


  • Amru bin al-'Ash sempat memberitahu anaknya ketika saat beliau menghadapi sakaratulmaut, bahawa malaikat yang bertugas mencabut nyawa itu tapak kakinya berada di bumi tetapi kepala berada di langit, ketinggiannya tidak dapat diukur lagi, sebaliknya setinggi mana langit, maka setinggi itu malaikat maut itu melihat dunia bagaikan sebesar nyiru, dan malaikat tersebut meleliti setiap penghuninya tersangat mudah.
  • Sebagaimana yang diceritakan oleh seorang sahabat bernama Salman Al-Parsi, bahawa aku dengar bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang hampir mati itu terdapat tiga, pertama sekiranya berpeluh pada pelipis pipinya, kedua sekiranya air mata nampak berlinang, dan ketiganya sekiranya lubang hidung kelihatan kembang kempis, itu adalah tanda bahawa Allah sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati itu"

    "Sebaliknya jika orang mengeruh seperti orang tercekik, serta kelihatan air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya keluar buih, ini menandakan azab Allah sedang menimpa dia"

    Hadith dikeluarkan oleh: Abdullah, Al-Hakim dan At-Termizi.

Banyak lagi himpunan buku ini yang menjadikannya best sebagai panduan..