Tuesday, January 13, 2009

Yum.....lazzzzatnye...



Penggemar otak-otak, baiklah buat sendiri di rumah. Yang ni saya rasa x lah susah, bahan2nye pun senang nak dapat. Cuba try test....

(Hidangan: 8-10 org)
Ramuan untuk dikisar:
15biji cili kering, 6ulas bawang merah, 5biji buah keras, 5batang serai, 2cm kunyi hidup, 2cm lengkuas, 1 keping roti gandum.

Bhn2 A:
1kg isi ikan dipotong dadu, 6biji telur dipukul, 1cawan krimer, serbuk pati ikan bilis, daun kaduk.
Cara2nye:
  1. Campurkan bahan2 kisar dan bahan2 A. Kisarkan halus.
  2. Guna mangkuk kecil yang kalis haba. Lapik dgn daun kaduk. Masukkan adunan 3/4 penuh.
  3. Kukus sehingga masak dalam lingkungan 10minit.
  4. Sedia untuk dimakan.....

Selamat mencuba. Mesti jadinyelah....Gagal sekali try sampai jadi.

Sunday, January 11, 2009

Fada...hai...macam-macam

Itulah bestnye ada anak, boleh 'buli' dia. Jgn terlampau pulakkkkk.....

Take Time

Kadang2 poem pun boleh menjadi inspirasi sebab maknanya yang tersirat. Ni adalah salah satu yang bermakna. Jom fikirkan, adakah kita terlepas salah satu diantaranye???? Rugilah kita..

Take time to think; it is the source of power.
Take time to read; it is the foundation of wisdom.

Take time to play; it is the secret of staying young.
Take time to be quiet; it is the opportunity to seek God.

Take time to be aware; it is the opportunity to help others.
Take time to love and be loved; it is God's greatest gift.

Take time to laugh; it is the music of the soul.
Take time to be friendly; it is the road to happiness.

Take time to dream; it is the future is made of.
Take time to pray; it is the greatest power of earth.

Saturday, January 10, 2009

Hati yang tenang

Saya nak share sedikit pembacaan saya daripada sebuah buku 'Insan, Ingatlah! Sebuah Panduan Menuju Hati Yang Tenang'

Antaranya....


  • Amru bin al-'Ash sempat memberitahu anaknya ketika saat beliau menghadapi sakaratulmaut, bahawa malaikat yang bertugas mencabut nyawa itu tapak kakinya berada di bumi tetapi kepala berada di langit, ketinggiannya tidak dapat diukur lagi, sebaliknya setinggi mana langit, maka setinggi itu malaikat maut itu melihat dunia bagaikan sebesar nyiru, dan malaikat tersebut meleliti setiap penghuninya tersangat mudah.
  • Sebagaimana yang diceritakan oleh seorang sahabat bernama Salman Al-Parsi, bahawa aku dengar bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang hampir mati itu terdapat tiga, pertama sekiranya berpeluh pada pelipis pipinya, kedua sekiranya air mata nampak berlinang, dan ketiganya sekiranya lubang hidung kelihatan kembang kempis, itu adalah tanda bahawa Allah sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati itu"

    "Sebaliknya jika orang mengeruh seperti orang tercekik, serta kelihatan air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya keluar buih, ini menandakan azab Allah sedang menimpa dia"

    Hadith dikeluarkan oleh: Abdullah, Al-Hakim dan At-Termizi.

Banyak lagi himpunan buku ini yang menjadikannya best sebagai panduan..

Saat saat terindah

Banyak....terlalu banyak yang indah dan menarik sepanjang hidup ini. Saat bersaman keluarga dan adik-beradik sewaktu zaman kanak-kanak memang best. Masa tu aktivitinye tido, gi sekolah, belajar, main. Hari2 gitulah. Bila dah dewasa eemmm...macam2 dugaan dan cabaran hidup itu ini. Ada yang istimewa dan yang menyakitkan hati pun banyak... Semuanye mendewasakan saya.
Tapi bagi saya secara peribadi, sentiasa mengingati dan mengenangkan saat-saat pahit dan perit. Sedar atau tidak kerana dengannya membentuk semangat rohani untuk perjalanan esok lusa.